KUNJUNGAN HORMAT MAIDAM KE PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ-MAIWP)

Jumlah paparan: 602

23 Januari 2019 (Rabu) – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah membuat kunjungan hormat ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ– MAIWP). Kunjungan tersebut merupakan kunjungan balas rentetan daripada kunjungan PPZ–MAIWP ke MAIDAM pada 29 Oktober 2018 yang lalu.

     PPZ2

Majlis dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP, berlangsung di Wisma PPZ-MAIWP, Dataran Shamelin, Kuala Lumpur. Dalam pertemuan tersebut pelbagai perkara telah dibincangkan khususnya berkaitan pengurusan zakat dan pengurusan harta. 

YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak PPZ-MAIWP menerima kunjungan MAIDAM. Seramai 14 orang pegawai-pegawai MAIDAM termasuk pengurusan tertinggi menyertai kunjungan tersebut yang diketuai oleh Yang Dipertua MAIDAM.

                                        ppz5

YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Pengerusi PPZ- MAIWP, disaksikan oleh Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.

     ppz3

Bilangan Pengunjung

Hari ini 59

Hari sebelum 1262

Minggu ini 3125

Bulan ini 21861

Jumlah 133120

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?