PROMOSI ZAKAT DAN WAKAF TUNAI DI KEM SERI PANTAI RAMD 18 PARA, KUALA NERUS

Jumlah paparan: 609

18 Januari 2019 ( Jumaat ) - Promosi Zakat dan Wakaf Tunai MAIDAM telah diadakan di Kem Seri Pantai, Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 18 PARA (RAMD), Seberang Takir, Kuala Nerus. Program bermula dengan taklimat berkenaan Zakat dan Wakaf Tunai yang disampaikan oleh Encik Muhammad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha (Perhubungan Korporat & Promosi) MAIDAM dan juga Encik Khadirul Illiyas bin Jaafar, Pembantu Tadbir (Pungutan & Taksiran Zakat) MAIDAM.

Selesai sesi taklimat, peserta program termasuk warga tentera Kem Seri Pantai yang lain berkunjung ke Kaunter Bergerak MAIDAM dengan berbagai tujuan merangkumi pertanyaan berkenaan zakat, kiraan zakat dan membuat permohonan potongan gaji untuk zakat pendapatan dan wakaf tunai.

Turut hadir pada program tersebut Mejar Zain Azrai bin Karia, Penolong Pegawai Memerintah Kem Seri Pantai, Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 18 PARA (RAMD), Seberang Takir, Kuala Nerus.

                       AS

                       ASAS

Bilangan Pengunjung

Hari ini 409

Hari sebelum 1706

Minggu ini 409

Bulan ini 19145

Jumlah 130404

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?