A- A A+

A A A

PROMOSI ZAKAT DAN WAKAF TUNAI DI KEM SERI PANTAI RAMD 18 PARA, KUALA NERUS

Jumlah paparan: 157

18 Januari 2019 ( Jumaat ) - Promosi Zakat dan Wakaf Tunai diadakan di Kem Seri Pantai, Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 18 PARA (RAMD), Seberang Takir Kuala Nerus. Program bermula dengan taklimat berkenaan Zakat dan Wakaf Tunai yang disampaikan oleh Encik Muhammad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha Perhubungan Korporat & Promosi MAIDAM dan juga Encik Khadirul Illiyas bin Jaafar, Pembantu Tadbir Pungutan & Taksiran Zakat MAIDAM.

                     1

Selesai sesi taklimat, peserta program termasuk warga tentera Kem Seri Pantai yang lain berkunjung ke Kaunter Bergerak MAIDAM dengan berbagai tujuan merangkumi pertanyaan berkenaan zakat, kiraan zakat dan membuat permohonan potongan gaji untuk zakat pendapatan dan wakaf tunai.

                       AS

                       ASAS

Turut hadir pada program tersebut Mejar Zain Azrai bin Karia, Penolong Pegawai Memerintah Kem Seri Pantai, Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 18 PARA (RAMD), Seberang Takir Kuala Nerus.

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

1510623
Hari Ini :
Hari Sebelum :
Minggu Ini :
Minggu Lepas :
Bulan Ini
Bulan Lepas :
Jumlah :
813
17818
113974
1247812
461435
411411
1510623

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?