A A A

A- A A+

MAJLIS KERAIAN SEMPENA PERTUKARAN KETUA PENOLONG SETIAUSAHA KANAN PENGURUSAN MAL DAN KETUA PENOLONG SETIAUSAHA (KHIDMAT PENGURUSAN)

Jumlah paparan: 681

15 Januari 2019 (Selasa) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan satu majlis perpisahan sempena pertukaran dua pegawai, iaitu Encik Mahari bin Abdul Rahman dan Encik Zul Izhar bin Zulkifli. Majlis berlangsung di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu.

Encik Mahari bin Abdul Rahman mula berkhidmat di MAIDAM pada 24 Ogos 2014 sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kanan Pengurusan Mal, akan bertukar ke Kolej Al Quran Terengganu. Manakala Encik Zul Izhar bin Zulkifli bertugas di MAIDAM sejak satu (1) Januari 2018 sebagai Ketua Penolong Setiausaha Khidmat Pengurusan akan bertukar ke Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus. Kedua-dua pegawai yang diraikan ini akan mula menjalankan tugas di tempat baharu pada 16 Januari 2019.

                                           a

YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati

kepada Encik Mahari bin Abdul Rahman

                                          DSC 0362

YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM menyampaikan

sijil penghargaan dan cenderahati kepada Encik Zul Izhar bin Zulkifli

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mahari bin Abdul Rahman dan Encik Zul Izhar bin Zulkifli atas segala jasa yang diberikan sepanjang mereka bertugas di MAIDAM.  Semoga sentiasa kekal dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam kerjaya.

Turut hadir memeriahkan majlis, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran & Pembangunan MAIDAM serta Pegawai -Pegawai Kanan MAIDAM yang lain.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 59

Hari sebelum 1262

Minggu ini 3125

Bulan ini 21861

Jumlah 133120

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?