A A A

A- A A+

MULTAQA AMIL ZAKAT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2019

Jumlah paparan: 411

10 Januari 2019 (Khamis) – Multaqa Amil Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai Terengganu. Program tersebut telah dihadiri lebih 700 amil zakat seluruh Terengganu dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda.

                                                           DSC 0298

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda berucap ketika merasmikan program Multaqa Amil 2019 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai Terengganu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda dalam ucapannya berkata, kesemua amil zakat yang dilantik perlu lebih pro-aktif dalam memainkan peranan memungut zakat, bukan hanya tertumpu kepada kutipan zakat fitrah sebaliknya turut melibatkan kutipan zakat harta termasuklah zakat pendapatan, perniagaan, ternakan, pertanian dan lain-lain.

Selain itu, beliau juga berharap agar amil-amil dapat membantu kerajaan mencari maklumat terperinci mengenai golongan asnaf di peringkat akar umbi bagi memastikan setiap penerima pelbagai bantuan MAIDAM benar-benar layak sekali gus membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

"Kita sedang berusaha memberi pendedahan untuk memperkasakan tanggungjawab lebih besar kepada amil, selain kutip zakat mereka juga akan bertindak sebagai pencari maklumat melibatkan golongan asnaf," katanya.

Dalam majlis itu, bekas pesara tentera iaitu Kapten (B) Tuan Abdullah @ Mohd. Zain Omar, 72, yang juga imam Masjid Taman Permint Jaya Chendering diumumkan sebagai pemenang Anugerah Perkhidmatan Amil Cemerlang sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM1,000, piala dan sijil.

                                                  DSC 0319

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda menyerahkan replika cek, piala dan sijil kepada pemenang Anugerah Perkhidmatan Amil Cemerlang, Kapten (B) Tuan Abdullah @ Mohd Zain Omar  sempena program Multaqa Amil Zakat Negeri Terengganu 2019 di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai Terengganu.

Majlis turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin, Encik Azam bin Awi, Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran & Pembangunan MAIDAM, Encik Saidi bin Salleh @ Sulong dan bekas Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Dato' Ismail Ali yang bertindak sebagai pembentang kertas kerja.

Link untuk gambar program.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 665

Hari sebelum 501

Minggu ini 2404

Bulan ini 23146

Jumlah 83696

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?