A- A A+

A A A

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1440H/2018M PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Jumlah paparan: 277

 

DSC 8438a

Kuala Terengganu, 20 November 2018: Pihak MAIDAM turut menyertai Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul 1440H/2018M Peringkat Negeri Terengganu dengan menghantar tiga puluh (30) peserta yang diketuai oleh YM. Ku Ahmad Faizi bin Ku Mat.  

 

 DSC 8255

 

Perhimpunan bermula dari Dataran Shah Bandar, Bandaraya Kuala Terengganu dan berakhir di Stadium Negeri dengan jarak perarakan sejauh 2.4 kilometer. Bertemakan ‘Menyantuni Ummah Membawa Berkat’, perarakan ini yang bermula jam 7.00 pagi turut disertai oleh jabatan- jabatan kerajaan dan juga agensi badan berkanun yang lain.

Majlis Perasmian Sambutan Maulidurrasul S.A.W. Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 1440 H/2018 M telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Sambutan ini sebagai usaha murni memberi pendedahan dan memperingati sirah Nabi Muhammad S.A.W, mengambil iktibar daripada pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya serta memberi kesedaran akan kasihnya Rasulullah S.A.W. sambil berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W.  

Melalui sambutan ini juga jelas dapat digambarkan eratnya hubungan silaturrahim antara satu sama lain di samping memupuk semangat bersatu padu di kalangan Umat Islam.

DSC 8346

 

Foto Program

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

196065
Hari Ini :
Hari Sebelum :
Minggu Ini :
Minggu Lepas :
Bulan Ini
Bulan Lepas :
Jumlah :
10540
15889
84177
0
196065
0
196065

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?