A- A A+

A A A

Kunjungan Hormat Dari Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Jumlah paparan: 674

DSCF5229

16 Oktober 2018 (Selasa) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan dari Universiti Teknologi Petronas (UTP). Kunjungan hormat ini diwakili oleh 3 orang delegasi iaitu Prof Madya Dr Ku Zilati Ku Shaari (Pengarah, Pendaftar), Tuan Haji M Noor Rosli Baharum (Ketua, Tabung Amanah Zakat UTP) dan juga Puan Adela Dinyati (Pengarah, Yayasan UTP).

Delegasi UTP ini telah disambut dengan mesra oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Baitulmal) dan Ketua-ketua Penolong Setiausaha termasuk Pegawai MAIDAM yang lain. Kesemua wakil UTP tersebut memberi penerangan tentang program pengajian yang ditawarkan di UTP serta berkenaan Tabung Amanah Zakat UTP dan Yayasan UTP yang banyak membantu para pelajar di sana terutama yang kurang berkemampuan sepanjang tempoh pengajian berlangsung, selain menyatakan hasrat supaya dapat bekerjasama dengan MAIDAM dalam usaha menyalurkan bantuan zakat kepada para pelajar yang layak.

Selain itu, para delegasi diberi penerangan berkenaan skim bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh MAIDAM. Penerangan tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Yaacob Abdullah (Penolong Setiausaha (Pendidikan dan Ekonomi)) MAIDAM . Pihak MAIDAM juga menyambut baik pelawaan pihak UTP untuk menjalinkan kerjasama dalam memastikan bantuan zakat tepat sampai pada pelajar yang berkelayakan. 

Kunjungan hormat ini berakhir pada jam 11.30 pagi dan para delegasi termasuk pegawai-pegawai dijamukan dengan makan tengahari.

 

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

885876
Hari Ini :
Hari Sebelum :
Minggu Ini :
Minggu Lepas :
Bulan Ini
Bulan Lepas :
Jumlah :
5538
9159
14697
791335
248099
637777
885876

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?