A- A A+

A A A

Kunjungan Hormat Dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Ke MAIDAM

Jumlah paparan: 168

imim1

 

24 September 2018 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS). Kunjungan ini merupakan kunjungan yang julung kalinya diadakan oleh i-MiTS ke MAIDAM.

i-MiTS adalah merupakan penggerak atau pelaksana semua polisi dan dasar kerajaan dan aktiviti kemasyarakatan dalam DUN yang diwakili oleh kesemua ADUN dan/atau penyelaras DUN masing-masing dalam negeri Terengganu. Selain itu ia juga berperanan untuk membina modal insan dan sebagai asas bagi melahirkan rakyat yang selari dengan tema negeri “Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah i-MiTS, Ustaz Kamaruzaman bin Abdullah dan 5 orang pegawai kanan. Mereka telah diberi penerangan tentang perkhidmatan yang dijalankan oleh MAIDAM termasuklah berkenaan pengurusan zakat. Ustaz Kamaruzzaman bin Abdullah turut berterima kasih kepada MAIDAM khususnya atas pengurusan bantuan zakat di Terengganu yang sentiasa aktif, mengagihkan bantuan zakat kepada golongan berkelayakan.

Semoga dengan kunjungan ini dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara i-MiTS dan MAIDAM, bekerjasama melakukan gerak kerja menuju ke arah Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

2058677
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
19550
20322
58733
1132192
310627
354908
2058677
Tarikh Kemaskini: 16 October 2018