A- A A+

A A A

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan KPFB Untuk Tahun 2017

Jumlah paparan: 586

kpfb

Dato’ Rodzuan bin Zaaba ,Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFB) menerima sijil penyerahan zakat dari Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji  M.Rozi bin Haji Bidin.

 

13 September 2018 (Khamis) - KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD (KPFB) telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam satu majlis. Jumlah zakat perniagaan yang diserahkan itu berjumlah RM29,024.36.

Penyerahan cek disempurnakan oleh Pengerusi KPFB, Dato’ Rodzuan bin Zaaba, kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin. Majlis berlangsung di ibu pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.

Turut hadir sama wakil-wakil KPFB yang lain iaitu Dato’ Haji Sabari bin Misran, Setiausaha KPFB, Dr Haji Ibrahim bin Hussin, AJK KPFB negeri Terengganu, En Suzelan Amir bin Abd Rahman, pengurus pentadbiran KPFB, En Jalani bin Ngah, Pengurus Teknikal KPFB dan Cik Fatin Izzati binti Kamsani, Pengurus Sumber Manusia KPFB.

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

195383
Hari Ini :
Hari Sebelum :
Minggu Ini :
Minggu Lepas :
Bulan Ini
Bulan Lepas :
Jumlah :
9858
15889
83495
0
195383
0
195383

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?