A- A A+

A A A

Majlis Penyerahan Zakat Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Dan Sterling Hectares Sdn.Bhd

Jumlah paparan: 176

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan 2017 bagi pihak MAIDAM berjumlah RM1,993,638.60 oleh dua agensi di Istana Syarqiyyah kelmarin.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad telah menyerahkan zakat berjumlah RM1,128,462.00 juta dimana penyerahan zakat tersebut dilakukan oleh Ketua Pegawai Operasi (Operasi Perbankan), YBhg Dato’ Asmuni bin Sudin. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ustaz Mohd Zamerey bin Abdul Razak (Ketua Pematuhan Syariah, En. Azman bin Abd Aziz (Ketua Wilayah Kelantan/Terengganu dan En. Md Zulkifli bin Taib (Pengurus Cawangan Kuala Terengganu).


Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah penyerahan zakat perniagaan 2017 berjumlah RM865,176.60 oleh Sterling Hectares Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Yayasan Terengganu yang mana penyerahan zakat tersebut dilakukan oleh wakil-wakil pengurusannya iaitu YB. Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya (YB Setiausaha Kerajaan Negeri), Tuan Haji Ishamudin bin Hashim (Pengarah Sterling Hectares Sdn Bhd) dan En. Zurni bin Mamat (Ahli Lembaga pengarah Sterling Hectares Sdn Bhd)


Sultan Mizan kemudian berkenan menyerahkan semua cek berkenaan kepada Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda.
Hadir sama dalam majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji W. Ismail Sahaimi bin Haji W. Omar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tn Haji M.Rozi bin Haji Bidin dan lain-lain pegawai kanan MAIDAM.

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

1313339
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
829
7542
22269
468594
193895
358996
1313339
Tarikh Kemaskini: 20 August 2018