A- A A+

A A A

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MAIDAM Tahun 1439H/2018M

Jumlah paparan: 143

 

Raya 2 DSC 0868 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi salah satu daripada acara yang diraikan setiap tahun. Ia merupakan peluang untuk seluruh warga MAIDAM meraikan bulan Syawal dan mengeratkan silaturrahim bersama rakan sekerja serta tetamu jemputan yang berkunjung ke majlis tersebut.

Majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pada 5 Julai 2018 telah dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji W. Ismail Sahaimi bin Haji W. Omar. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda.

 

Raya 1 DSC 0884

 

 

Pada majlis itu juga, MAIDAM turut berkongsi kemeriahan Aidilfitri dengan menyampaikan sumbangan bantuan hari raya kepada anak-anak yatim/fakir/miskin penghuni asrama Darul Akhyar, Batu Rakit, Kuala Nerus dan juga penghuni Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Bukit Payong, Marang, Terengganu.

Berbagai juadah seperti nasi tomato, nasi dagang, lemang, ketupat serta rendang, sate, anika kuih-muih, kambing dan ayam bakar serta pelbagai jenis minuman disediakan untuk tetamu yang berkunjung pada majlis tersebut.

 

Lain-lain foto

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

953441
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
17266
25791
84492
4664
192993
2526
953441
Tarikh Kemaskini: 17 July 2018