A- A A+

A A A

Majlis Perjumpaan Yang Dipertua Dengan Kakitangan dan APC Dwi-Bulanan MAIDAM

Jumlah paparan: 112

Satu majlis perjumpaan di antara Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda dengan kakitangan telah diadakan pada 11 Jun 2018 di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Dalam majlis tersebut, Yang Dipertua telah menyampaikan ucapan/amanat kepada kakitangan yang hadir.

 

APC 1 DSC 0671

 

Dalam majlis yang sama turut berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi-Bulanan untuk bulan Januari-Februari dan Mac-April 2018. Seramai 19 orang kakitangan yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas masing-masing telah diraikan dalam majlis tersebut. Sijil dan hadiah saguhati kecemerlangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua MAIDAM. 

 

APC 2 DSC 0684

 

Majlis ini secara tidak langsung menjadi motivasi kepada semua pegawai dan kakitangan agar terus memberikan komitmen kerja yang tinggi serta meningkatkan lagi daya usaha bagi mencapai produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

Akhir sekali YDP menerima cek sumbangan takaful bagi pihak keluarga kakitangan arwah Baharuddin bin Muda daripada wakil Koperasi MAIDAM Berhad selaku agen Etiqa Takaful.

Hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji W. Ismail Sahaimi bin Haji W. Omar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji M.Rozi bin Haji Bidin, pegawai-pegawai kanan dan semua kakitangan MAIDAM.

 

Lain-lain foto

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

953441
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
17266
25791
84492
4664
192993
2526
953441
Tarikh Kemaskini: 17 July 2018