Kaedah Pengiraan Zakat Emas
i) Emas yang tidak dipakai (nisabnya 85gm)
Zakat Emas = Nilai emas x 2.5%
Contoh Pengiraan :
Harga emas satu gram = RM135.35
Berat Emas : 100gm
Nilai Emas : RM135.35 x 100gm
= RM13,535
Zakat Emas : RM13,535 x 2.5%
= RM338.38
ii) Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat melainkan melebihi uruf semasa (850gm)
Contoh Pengiraan :
Emas yang dipakai : 1000 gram
Uruf semasa : 850 gram
Zakat yang dikenakan : 1000 gram - 850 gram
= 150 gram x harga pasaran x 2.5%
Kaedah Pengiraan Zakat Perak
Zakat Perak = Nilai Perak x 2.5%
Contoh Pengiraan :
Harga Perak satu gram : RM3
Berat Perak : 1000 gram
Zakat Perak : RM3 x 1000 gram x 2.5%
= RM75