Kaedah Pengiraan Zakat Emas

i) Emas yang tidak dipakai (nisabnya 85gm)
Zakat Emas = Nilai emas x 2.5%

Contoh Pengiraan :
Harga emas satu gram = RM135.35
Berat Emas : 100gm
Nilai Emas : RM135.35 x 100gm
= RM13,535
Zakat Emas : RM13,535 x 2.5%
= RM338.38

ii) Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat melainkan melebihi uruf semasa (850gm)

Contoh Pengiraan :
Emas yang dipakai : 1000 gram
Uruf semasa : 850 gram
Zakat yang dikenakan : 1000 gram - 850 gram
= 150 gram x harga pasaran x 2.5%



Kaedah Pengiraan Zakat Perak

Zakat Perak = Nilai Perak x 2.5%

Contoh Pengiraan :
Harga Perak satu gram : RM3
Berat Perak : 1000 gram
Zakat Perak : RM3 x 1000 gram x 2.5%
= RM75


Zakat Harta


• Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.



 
Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :

• Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)
• Zakat Perniagaan (termasuk Saham)
• Zakat Pendapatan
• Zakat Binatang Ternakan
• Zakat Emas dan Perak
• Zakat Pertanian
• Zakat Galian (Emas dan Perak)
 

Zakat Fitrah


• 
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Islam yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.


  Di Mana Zakat Fitrah Boleh Dibayar?

i. Kaunter Zakat MAIDAM

ii. Amil-amil Bertauliah

iii. Secara Online


• Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan beberapa saluran bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran zakat.

Antara saluran-saluran tersebut ialah :-


1. Kaunter Zakat di semua 10 cawangan Pusat Urusan Zakat (PUZ) seluruh negeri Terengganu termasuk UTC Kuala Terengganu


2. Kaunter Zakat Bergerak (Lori)


3. Skim Potongan Gaji Majikan


4. Ejen Zakat (Kaunter Bank Islam dan Pos Malaysia)
      


5. Perbankan Internet Ejen Bank (Bank Islam, CIMB, Bank Rakyat, Maybank, RHB Bank, Affin Islamik Bank, Pos Online, Ambank)

bimb cimbirakyat maybnk rhb affin pos ambank

6. Kad Debit dan Kad Kredit Islamik


7. Kiriman Wang / Wang Pos


8. Amil yang dilantik
     - Klik disini untuk ke sistem carian amil

9. FPX dan JomPAY di laman web MAIDAM
    - Klik disini untuk pauntan

10. Aplikasi Mudah Alih SnapNPay
    - Klik disini untuk pauntan


Bilangan Pengunjung

Hari ini 37

Hari sebelum 1408

Minggu ini 37

Bulan ini 9156

Jumlah 1476360

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?