
KEMAMAN,DESA MAIDAM 18.8.2019 (Ahad) -Satu program perjumpaan mesra bersama penghuni Desa MAIDAM telah diadakan bertempat di surau Taman Perumahan Desa MAIDAM. Program tersebut dihadiri oleh Tim. Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM En.Saidi bin Salleh @ Sulong, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) En. Mohamad Ridwan bin Mohd Nor dan beberapa orang lagi Pegawai lain. Program diadakan bertujuan untuk beramah mesra bersama penghuni serta menyampaikan maklumat2 terkini berkait Perumahan Desa MAIDAM.