Skim Wakaf Tunai Terengganu Diberi Nafas Baru

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan menyuntik nafas baharu dalam perlaksanaan Skim Wakaf Tunai melalui potongan gaji bagi memudahkan penjawat awam dan swasta menyumbang dalam skim itu. 
 

Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, langkah itu bukan sahaja memberi peluang yang lebih luas kepada orang Islam untuk melaksanakan ibadah wakaf malah dapat meningkat jumlah kutipan menerusi skim yang telah dilancarkan pada 27 Disember 2007. 

“Sejak dilancarkan, jumlah kutipan tahunan skim ini agak kurang memberangsangkan di mana sehingga tahun lepas dalam tempoh tujuh tahun jumlah terkumpul hanya RM641,328.70. 

“Justeru, diharapkan setelah diberi nafas baharu, jumlah ini akan meningkat di mana kita sasarkan jumlah kutipan tidak kurang daripada RM1.4 juta sebulan,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena program ibadah korban di Pejabat MAIDAM, semalam. Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Omar Musa. 

Menurut Shaikh Harun, sasaran tersebut tidak mustahil untuk dicapai apabila semua penjawat awam dan swasta di negeri ini membuat potongan gaji setiap bulan. 

“Mereka boleh membuat potongan gaji mengikut kemampuan masing-masing di mana kadar minima serendah RM5 sebulan. 

“Manakala, kepada orang ramai yang bukan penjawat awam dan pekerja swasta, kita akan iklankan Skim Wakaf Tunai ini di 500 masjid di negeri ini dua kali setahun. Ini bermakna, dalam tempoh enam bulan sekali, duit derma daripada orang ramai akan dijadikan sebagai tabung Skim Wakaf Tunai,” ujarnya. 

Katanya, pengagihan manfaat wakaf tunai hasil kutipan pelaburan ke atas aset yang berjaya dikutip dipecahkan 60 peratus untuk pelaburan semula samada dalam bentuk sijil kewangan dan bentuk hartanah atau aset. 

“Sementara, 40 peratus lagi bagi membiayai pembinaan serta penyelenggaraan institusi agama Islam serta prasarana asas kepada masyarakat khususnya bangunan seperti masjid, surau, sekolah agama, hospital, klinik, perkuburan Islam dan sebagainya,” katanya.

Sumber : Teganukita

 

Dikemaskini pada Khamis, 08 Februari 2018 15:06
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 189

Hari sebelum 715

Minggu ini 2606

Bulan ini 17827

Jumlah 186664

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?