• Bayaran fidyah yang diterima oleh MAIDAM akan diagihkan kepada golongan fakir miskin dalam bentuk Beras.
• Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“…..dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin.”
(Al-Baqarah: 184)
Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya:-
“Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir miskin"
(Riwayat At-Tairmizi)”