A- A A+

A A A

FAQ Wakaf

Jumlah paparan: 1639

  1. Bagaimana pandangan ulama tentang wakaf ?
  • Kebanyakan ulama berpendapat, harta yang diwakaf mestilah bersifat kekal ‘Muabbad’ kecuali setangah ulama yang lain seperti mazhab maliki berpendapat bahawa harta wakaf dibenarkan bersifat semantara ‘Muaqqat’.

 

  1. Bolehkan kita memilih mazhab selain mazhab syafie dalam kes di atas ?
  • Dalam bidang kuasa agama, sepertimana merujuk Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Tahun 2001 Sekyen 54 bahawa Pihak Jawatankuasa Fatwa perlu memutuskan masalah syarak bersandarkan qaul muktamad dalam mazhab syafie. Maka secara tidak langsung berwakaf mestilah mengikut rukun dan syarat yang telah ditetapkan dalam mazahab syafie.

 

  1. Apakah ganjaran berwakaf samada pesanan melalui Al-Quran atau hadis ?
  • Secara tidak langsung di dalam alquran menyebut secara umum bagi setiap nafkah yang diberikan termasuk berwakaf sepertimana di dalam surah Al-Baqarah ayat 261 ayat yang bermaksud “Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

 

  • Di dalam hadis pula, iaitu daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah telah bersabda “ apabila mati anak adam, akan terhentilah amalanya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya (HR Muslim)

 

  • Hadis ini memberi gambaran kelebihan ciri-ciri berwakaf walaupun secara zahir perkataan ‘wakaf’ tidak di sebut, tetapi para ulama mengatakan sedekah jariah adalah diberimakna berwakaf.

 

  1. Bagi berwakaf melalui skim potongan gaji, adakah penolakan cukai dari LHDN diambilkira ?
  • Ya, jika berwakaf melalui potongan gaji, penolakan cukai dari LHDN di ambilkira sebagaimana merujuk surat LHDN bertarikh 20 Jun 2014 iaitu dibawah Akta Cukai Pendapatan 1976 sub seksyen 44(6).

 

  1. Bagaimana masyarakat hendak mengetahui skim waqaf tunai di MAIDAM
  • Bagi bergerak secara proaktif, Jabatan Baitulmal (MAIDAM) telah membuat beberapa langkah untuk mempromosikan produk ini seperti:-
  1. Pengiklanan melaui radio
  2. Mengedar risalah berbentuk pamplet, brosur dan poster ditempat tertentu  seperti di masjid dan lain-lain.
  3. Melalui khubah jumaat.
  4. Mengadakan bengkel dan seminar.

 

  1. Bagaimana perbelanjaan hasil kutipan waqaf tunai?
  • Berdasarkan kepada prinsip wakaf, iaitu harta wakaf adalah bersifat kekal dan tidak boleh menghabisi, semantara wang tersebut akan ditukar kepada aset yang bersifat kekal.

 

  • Aset-aset yang akan dibangunkan adalah mengambilkira mendatangkan hasil atau pulangan seterusnya segala hasil tersebut dibelanjakan kepada:-
  1. Sektor sosial seperti bantuan kepada fakir miskin, bantuan kesihatan
  2. Sektor Pendidikan seperti bantuan kepada pelajar sekolah rendah hingga ke Universiti.
  3. Sektor Agama seperti bayaran kepada mubaligh, pendakwah dan sebagainya bagi memartabatkan syiar Islam.

 

  1. Adakah matlamat waqaf tunai membantu sosio ekonomi masyarakat terutama bagi ummat Islam ?
  • Sebagaimana keterangan pada bilangan 13, waqaf tunai adalah salah satu mengukuhkan ekonomi ummat Islam. Matlamat ini bukalah seperti menanam sebuah pokok yang dapat makan buahnya dalam masa 3 atau 4 tahun, tetapi ia berguna bagi generasi yang akan datang iaitu memakan masa puluhan tahun. Malah ribuan tahun kerana harta wakaf adalah kekal.

 

  1. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan , bagaimana hendaklah merujuk ?
  • Boleh merujuk ke jabatan Baitulmal MAIDAM unit Waqaf Tunai dan boleh hubungi 09-6303030 atau layari  .

 

  1. Jika saya menjumpai duit bernilai RM100 , bolehkah saya mewakafkan duit tersebut?
  • Tidak boleh kerana bukan sempurna milik .

 

  1. Bolehkah berwakaf untuk orang yang telah meninggal dunia ?
  • Boleh

Awan Tag

Bilangan Pengunjung

2368949
Hari Ini :
Hari Sebelum :
Minggu Ini :
Minggu Lepas :
Bulan Ini
Bulan Lepas :
Jumlah :
17747
46584
86669
2099426
730213
589548
2368949

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?