Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Masjid dan Tanah Perkuburan

Baru-baru ini, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) telah menganjurkan pertandingan kebersihan dan keceriaan masjid dan tanah perkuburan Islam peringkat negeri.Pertandingan ini terdiri daripada 14 buah masjid dan 14 buah tanah perkuburan Islam yang mewakili 7 daerah. 

Majlis Perasmian dan Pelancaran Kelas SPAIT

Majlis Perasmian dan Pelancaran Kelas Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu( SPAIT ) telah diadakan pada 25 Oktober 2013. Yang Dipertua Maidam, Dato' Bentara Luar, Dato' Omar Bin Pilus berkata, Mesyuarat Maidam yang bersidang pada 20 Februari 2011 memutuskan agar diwujudkan platform khas untuk pembelajaran agama secara formal dan bersijil bagi golongan berusia 25 tahun ke atas.

Agro Bank Serah Zakat Perniagaan

KUALA TERENGGANU  27 Okt 2013 – Satu penyerahan zakat perniagaan telah diadakan di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Majlis berkenaan melibatkan Agro Bank Berhad yang menyerahkan cek zakat perniagaan yang berjumlah RM 61,891.41. Di fahamkan zakat perniagaan tersebut  adalah hasil taksiran zakat perniagaan bagi tahun 2012.

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Serah Zakat Perniagaan

KUALA TERENGGANU  11 Nov 2013 – Satu penyerahan zakat perniagaan telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Baitulmal, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Majlis berkenaan melibatkan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)  yang menyerahkan cek zakat perniagaan yang berjumlah RM 223,351.88.

Sambutan Maal Hijrah Tahun 1435H Peringkat Negeri Terengganu

KUALA TERENG­GANU 5 Nov -  Seorang pendakwah dan karyawan Islam, Dr. Zulkifli bin Mohamad telah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu pada Majlis Sambutan Maal Hijrah1435H yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Bicara Bersama Pengerusi Revert Islam Da-Wah Center, Filipina

Satu program Bicara bersama Pengerusi Revert Islam Da-wah Center, Filipina telah diadakan pada 26 November 2013 yang lalu di Dewan Auditorium, Kompleks Seri Iman. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid, MAIDAM.

AmIslamic Bank Serah Zakat Perniagaan

KUALA TERENGGANU  18 Dis 2012 – Satu penyerahan zakat perniagaan telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Baitulmal, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Majlis berkenaan melibatkan AmIslamic Bank yang menyerahkan cek zakat perniagaan yang berjumlah RM 18,000.00.

MAIDAM Salur Bantuan Banjir

Kemaman 9 Dis 2013 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui Jabatan Baitulmal telah menyediakan bantuan berupa air mineral,  beras, bihun, sardin, biskut, roti, toto/narita, pampers, tuala wanita dan lain-lain bernilai RM 35,000.00 dan telah dihantar ke Pejabat Daerah Kemaman serta pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol dan Sekolah Kebangsaan Binjai. Bantuan ini diberi bagi menampung bekalan yang telah disediakan oleh jawatankuasa berkaitan.

Perjumpaan Bersama Pegawai Da'ie

Satu perjumpaan Pegawai Da’ie yang baru dilantik bersama pengurusan tertinggi MAIDAM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, MAIDAM Pada 14 Disember 2013 yang lalu. Seramai 59 orang Pegawai Da’ie daripada seluruh Negeri Terengganu telah hadir dalam perjumpaan tersebut.

MAIDAM Terima Hotel Wakaf

Kuala Terengganu - MAIDAM telah menerima hotel wakaf yang telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu majlis baru-baru ini. Dalam majlis tersebut pihak JKR yang diwakili oleh 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 495

Hari sebelum 949

Minggu ini 495

Bulan ini 5207

Jumlah 923617

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?