8 Asnaf yang Layak Menerima Zakat

Wang Zakat yang dibayar kepada MAIDAM diagihkan kepada lapan (8) Asnaf yang layak menerima zakat. Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :-

1. FAQIR

Bermaksud orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyainya tetapi hanya mampu memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

 Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan

 Bantuan Sempena Ramadhan

 Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat

• Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara

 Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara

 Bantuan Makanan / Keperluan Harian

 

 

2. MISKIN

Bermaksud orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

 Bantuan Kecemasan / Bencana

 Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah

 Bantuan Sempena Ramadhan

 Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat

 Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin

 Bantuan Perubatan

 Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan

 Bantuan Sara Hidup

 Bantuan Serta Merta

 Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara

 Bantuan Sewa Rumah

 Bantuan Makanan / Keperluan Harian

 

 

3. AMIL

Bermaksud Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.

 Ambilan Terus oleh Amil

 Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus

 

 

4. AR-RIQAB

Bermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu atau sesuatu kemudaratan.

 Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV

 Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis

 

 

5. AL-GHARIMIN

Bermaksud golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi maslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

 Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas

 Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

 

 

6. Fisabilillah

Bermaksud mana-mana orang Islam atau pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.

 Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara

 Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM

 Bantuan Pendidikan Dalam Negara

 Bantuan Pendidikan Luar Negara

 

 

7. Ibnu Sabil

Bermaksud mana-mana orang Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syara' dari atau ke mana-mana jua negeri atau negara.

 Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara

 Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan

** Pengagihan zakat bagi sinf Muallaf diserahkan kepada Bahagian Saudara Kita, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.


Dikemaskini pada Rabu, 07 Februari 2018 14:49
Nilaikan butir ini
(0 undian)
Lagi dalam kategori ini: « Cara Memohon Bantuan Zakat MAIDAM

Bilangan Pengunjung

Hari ini 134

Hari sebelum 2347

Minggu ini 5145

Bulan ini 55198

Jumlah 2719797

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?