Wakaf dan Sumber AM

Wakaf dan Sumber AM (13)

Latar Belakang Wakaf


Wakaf adalah satu ibadat menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan masyarakat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhana Wa Taala.

Para ahli figh dan ulama’ berpendapat amalan wakaf merupakan ibadat yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahalayang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf hingga ke akhirat dan sangat dituntut dalam agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kwpad pewakaf selagi harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan. Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala dengan demikian kekdudukan harta wakaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T. telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepada-NYA dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-


    “Bandingkan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat serratus biji. Dan ingatlah Allah melipatkan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

HUKUM MEWAKAFKAN HARTA


Wakaf di sis Jumhur Ulama’ selain dari Mazhab Hambali hukumnya sunat yang digalakkan. Ianya terjumlah dari amalan pemberian sedekah yang digalakkan.

KEDUDUKAN WAKAF


Di sisi Muhammad bin Hassan, Mazhab Shafie dan Hanbali – Wakaf itu sekiranya sah adalah perkara mesti (lazim) dan tidak boleh dibatalkan dengan kata-kata atau dengan lain-lain cara, juga terputus kuasa pewakaf terhadapnya dan tidak boleh dirujuk semula serta hilanglah milik pewakaf itu dari asset yang diwakafkan.

FAEDAH AMALAN WAKAF


•    Ibadat wakaf menjanjiakan pahala yang berterusan.
•    Ibadat wakaf meningkatkan lagi syiar Islam di kalangan masyaratakat.
•    Ibadat wakaf berpotensi untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi umat Islam.

Baca lagi...

Syarat-Syarat Sah Wakaf


Pertama : Harta atau asset yang diwakafkan itu benda yang tertentu (ta’ayin) dan boleh dimanfaatkn, juga harta atau asset itu hak milik pewakaf.

Kedua :  Hendaklah diwakafkan untuk pihak-pihak yang boleh didapati selama-lamanya seperti Faqir /  Miskin atau masjid-masjid.

Ketiga : Wakaf itu
bukan untuk perkara larangan syarak

Keempat : Hendaklah dijelaskan halatuju wakaf (mauquf’alaih)

Kelima :  Wakaf itu hendaklah terlaksana serta merta (tanpa ta’lik atau gantungan).

Keenam : Beriltizam atau berkuatkuasa terus menerus (tanpa berdolak-dalik), ertinya tidak ada rasa pilihan / syarat bagi diri pewakaf padamengekalkan wakafnya atau tidak ingin merujuk semula dari wakafnya itu.



Penjelasan tentang pendapat fuqaha’ mengenai harta-harta yang diwakafkan


1.    Bahawa adalh sah diwakafkan harta tak alih
2.    Bhawa dalah sah di sisi Jumhur Ulama’ selain dari Malikiah mewakafkan harta-harta alih seperti alat kelengkapan masjid, lampu-lampu, tikar atau permaidani serta tunai kerana Jumhur Ulama’ tidak mensyaratkan kesahihan wakaf itu “mesti tahan selama-lamanya”.
3.    Bahawa adalah sah di sis Jumhur Ulama’ selain dari Malikiah mewakafkan harta (berkongsi) yang tidak menerima pecah bahagian- seperti satu bahagian dari beberapa buah kereta yang dibeli secara berkongsi.

Baca lagi...

Sumber AM

Sumber Am adalah suatu sumber yang diuruskan oleh Baitulmal tetapi ianya tidak termasuk dengan sumber Zakat atau Wakaf, Ianya terdiri dari:-


a)    Sumbangan dan Pemberian
b)    Wang atau harta orang Islam yang tidak dituntut
c)    Faedah bank atau apa-apa faedah /  imbuhan dan skim yang tidak menepati syarak;
d)    Harat Pusaka yang tidak diwarisi /  tidak di habisi
e)    Harta-harta tercicir (luqatah); dan
f)    Lain-lain sumber kecuali zakat wakaf


Sumber-sumber ini akan dibelanjakan untuk kepentingan umat Islam secara umum

Baca lagi...

Luqatah

PENGERTIAN LUQATAH


• Harta Luqatah ialah sesuatu yang dipungut atau harta tercicir.

• Luqatah juga bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumapai oleh orang lain.

• Selain itu, ia juga ditakrifkan sebagai harta tanap milik yang dihormati yang dijumpai di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas tersebut.

 Ubai bin Ka’ab r.a. meriwayatkan:

  “saya menemui satu uncang yang berisi serratus dinar dan saya pergi untuk menemui Nabi s.a.w. lalu baginda bersabda: “Umumkan tentangnya selama setahun.” Namun tiada siapa yang mengenalinya kemudia saya pergi bertemu baginda lagi. Baginda bersabda: “Umumkanlah selama setahun, sehingga tuannya dating. Jika tiada yang datang engkau gunalah.” Lalu saya pun menggunakannya.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
  

 Rasullulah s.a.w. bersabda:

“Kenalilah akan ikatan yang mengikat harta tersebut serta bekasnya, kemudian hebahkanlah selama setahun. Sekiranya kamu tidak menemui tuannaya maka kamu boleh memilikinya dan membelanjakannya, dan hendaklah ia dijadikan sebaga barang simpanan di bawah jagaan kamu. Sekiranya pada suatu hari dating tuannya kepada kamu maka berikannlah kepadanya. ”
(Al-Bukhari)

Zaid bin Khalid AL-Juhani meriwayatkan seorang lelaiki bertanya Rasulullah s.a.w berkenaan dengan Harta Luqatah lalu baginda bersabda:

“Hebohkanlah harta tersebut selama setahun.”
(Al-Bukhari dan Muslim)


HUKUM MEMUNGUT


Sunat    Jika berhasrat untuk menolong orang yang keciciran harta tersebut

Wajib    Jika diyakini akan hilang sekiranya dibiarkan.

Harus   Jika tidak dibimbangi akan hilang.

Haram  Bagi orang yang berniat jahat.

PERANAN PEMUNGUT


•    Menjaga Harta Luqatah

•    Menghebahkan kepad orang  ramai

•    Menyerahkan kepada tuannya jika dijumpai

•    Menyerahkan kepada pihak Baitulmal (MAIDAM) jika tiada tuntutan

JENIS-JENIS

A.    Harta Bukan Haiwan


i)    Harta yang cepat rosak, seperti makanan

      • Dari segi hukum harta sebegini diberi pilih kepada penemunya sama ada untuk memamkan atau menggunakannya dan diganti, atau dia menjualnya dan menyimpan harganya.

ii)   Harta yang cepat rosak tetapi boleh dijaga supaya tidak rosak

       • Bagi harta jenis yang wajib bagi penemunya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi kepentingan pemilik asal iaitu menjual dan menyimpan harganya. Melakukan sesuatu yang boleh mengelakkan harta tersebut dari rosak dengan belanja sendiri, atau dia menjual sebahagian harta tersebut bagi tujuan perbelanjaan penjagaan harta yang selebihnya.

iii)  Bagi harta yang tidak rosak

      • Bagi harta ini wajib bagi penemu menjaganya selama tempoh hebahan


B.    Luqatah Haiwan

• Harus bagi penemu memelihara haiwan yang ditemuinya dan dikembalikan kepada tuannya apabila dituntut. Beliau boleh meminta dari tuan asalnya jumlah perbelanjaan yang digunakannya. Harus juga bagi beliau menjual dan menyimpan wang hasil jualan.

Baca lagi...

Panduan Serahan Harta Luqatah

• Penemu hendaklah menyerahkan harta yang djumpai kepada Unit Wakaf dan Sumber Am MAIDAM atau pejabat Pusat Zakat atau Ar-Rahnu Daerah yang terdekat

• Penemu perlu mengisi Borang Serahan Harta Luqatah dan menyerahkan borang tersebut kepada pegawai bertanggungjawab berserta harta luqatah.

• Resit / Akaun Terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan

• Pihak MAIDAM akan membuat tindakan susulan


HIKMAH

• Mendapat ganjaran daripada Allah

• Dapat membantu orang yang kehilangan sesuatu serta meringankan kesusahannya

• Mengelakkan harta jatuh ke tangan orang yang berniat jahat.

• Mengukuhkan perpaduan ummah

Baca lagi...

Fidyah

PENGERTIAN FIDYAH

• Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

• Ianya merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.


HUKUM FIDYAH

• Wajib disempurnakan  mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia menjadi satu tanggungjawab (hutang) kepada Allah S.W.T. sekiranya tidak dilaksanakan.

 

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH


• Uzur Menunaikan Puasa Wajib 

 Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak menpunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa, atau kedua-duanya sekali.

•    Perempuan Hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

•    Ibu Yang Menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

•    Orang Yang telah Meninggal Dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

•    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (sehingga tiba bulan Ramadhan berikutnya), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Baca lagi...

Taksiran Fidyah

Hari yang ditinggalkan x tahun gandaan x 1 cupak = Fidyah

KADAR BAYARAN TUNAI


• Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat Fitrah (1/4 gantang Baghdad)

• Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu sehingga tahun 2014, secupak beras bersamaan dengan 650 gram dinilai dengan kadar RM1.95.

CONTOH:-


Jika seseorang meninggalkan  puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga terlepas  3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
 

RM1.95(1 cupak) x 3 hari x 3 tahun = RM17.55

 

BAYARAN FIDYAH


Perkiraan dan bayaran boleh dibuat dengan wang tunai kepada MAJLIS AGAMA DAN ADAT MELAYU TERENGGANU.

Baca lagi...

Agihan Fidyah

• Bayaran fidyah yang diterima oleh MAIDAM  akan diagihkan kepada golongan fakir miskin dalam bentuk Beras.

• Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:


“…..dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin.”
(Al-Baqarah: 184)
       
   

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya:-


“Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir miskin"
(Riwayat At-Tairmizi)”

Baca lagi...

Harta Pusaka

•   Harta Pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya.

HARTA PUSAKA TERMASUK

•    Semua harta yang diperoleh secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.

•    Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati

•    Hutang kepada si  mati yang dijelaskan selepas kematiannya.

•    Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  (KWSP).

•    Barang yang terbit selepas kematianya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.

HARTA PUSAKA TIDAK TERMASUK

•    Harta yang telah diberi (hibah), dijual, diwakafkan, dan dipegang amanah si mati kepada seseorang semasa hayatnya.

•    Khairat kematian

•    Pemberian oleh orang yang menziarahi kematian

•    Imbuhan, pampasan dan saguhati

•    Pencen terbitan

•    Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)

•    Harta yang dipinjamkan daripada orang semasa hayatnya

Baca lagi...
Langgani suapan RSS ini

Bilangan Pengunjung

Hari ini 41

Hari sebelum 1128

Minggu ini 11313

Bulan ini 12519

Jumlah 960640

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag