Majlis Perasmian dan Pelancaran Kelas SPAIT

Majlis Perasmian dan Pelancaran Kelas Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu( SPAIT ) telah diadakan pada 25 Oktober 2013. Yang Dipertua Maidam, Dato' Bentara Luar, Dato' Omar Bin Pilus berkata, Mesyuarat Maidam yang bersidang pada 20 Februari 2011 memutuskan agar diwujudkan platform khas untuk pembelajaran agama secara formal dan bersijil bagi golongan berusia 25 tahun ke atas.


Menurutnya, sebagai permulaan kelas pengajian ini telh diperkenalkan di tiga buah masjid iaitu Masjid Al-Muktafi Billah Shah ( AMBS ) Masjid Ladang, Masjid Hadhari ( Jertih) dan Masjid Geliga di Kemaman dengan peruktukan lebih RM700,000 setahun. Turut Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Tuan Haji Omar bin Musa dan Pengarah Kanan Jabatan Dakwah,Pendidikan dan Pengurusan Masjid, Dato' Hajah Samsiah Binti Dato' Haji Awang.

Dikemaskini pada Selasa, 26 September 2017 23:37
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 357

Hari sebelum 1146

Minggu ini 1503

Bulan ini 3058

Jumlah 2561106

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag