Lawatan Daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak


KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), telah menerima kunjungan daripada rombongan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak  (MAIPk) pada 10 April 2014 yang lalu.

Rombongan yang diketuai oleh YBhg Dato' Haji Mohamah Nor bin Mansor, Penasihat Agama MAIPk, telah disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam), Tuan Haji Omar bin Musa dan Timbalan Pesuruhjaya (Pengurusan, Kewangan dan Pembangunan) MAIDAM, Tuan Haji Rosdi bin Awang.
Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 4, MAIDAM dan disampaikan oleh Tuan Haji Omar bin Musa. Pada sesi petang pula, rombongan MAIPk telah dibawa melawat ke Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Di sana rombongan tersebut telah diiringi oleh Tuan Haji Mohamad Noor bin Mohamad, Pengarah Jabatan Baitulmal MAIDAM.

Klik Disini Untuk Melihat Foto Sekitar Program.

Dikemaskini pada Selasa, 26 September 2017 23:38
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 102

Hari sebelum 552

Minggu ini 4893

Bulan ini 20117

Jumlah 2477845

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag