Bank Rakyat Serah Zakat.

Bank Rakyat menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2013 berjumlah RM1,101,922 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima  zakat itu yang disampaikan  Pengarah Urusannya, Dato’ Seri  Alias Anor Abdul, di Istana Syarqiyyah, Chendering, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Mufti Negeri, Sahibus Samahah Dr Zulkifly Muda; Yang Dipertua Maidam, Dato’  Bentara Luar, Dato’ Omar Pilus  dan Ketua Pinjaman Modal Insan Bank Rakyat, Dato’ Mahmud Muhayiddin Mohamed Nawi.

Menurut  Alias,  sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menunaikan zakat perniagaan, Bank Rakyat memperuntukkan RM1.1 juta zakat yang terkumpul dari keseluruhan RM41 juta zakat perniagaan di seluruh negeri pada tahun lalu kepada Maidam.

Katanya, terdapat peningkatan sebanyak 2.1 peratus jumlah zakat itu  berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM1,078,890.

Pada 2013, Bank Rakyat memperuntukkan RM951,050 zakat kepada asnaf, fakir dan miskin di seluruh Malaysia.

Sumber : Teganukite.my

Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 63

Hari sebelum 1262

Minggu ini 3129

Bulan ini 21865

Jumlah 133124

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag