Skim Hafaz Al-Quran Dewasa Terbuka Negeri Terengganu Penggal Kedua Tahun 1435H/2014M

 

1. Adalah dimaklumkan Kepada Muslimin dan Muslimat sekalian bahawa Kerajaan Negeri Terengganu Melalui Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid (MAIDAM) akan mengadakan SKIM HAFAZ AL- QURAN DEWASA TERBUKA NEGERI TERENGGANU PENGGAL KEDUA TAHUN 2014.

2. Dalam Kaitan ini , adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan menyertai program ini sebagaimana berikut : -

   i. Beragama Islam.

   ii.Rakyat Negeri Terengganu yang
bermastautin di negeri ini.

   iii. Tahap minima hafaz adalah tidak kurang dari 7 juzu' Pertama mengikut susunan mashaf.

   iv. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 29 tahun bagi mereka yang memohon tahap di bawah 30 juzu'.

   v. Seseorang yang berumur
30 tahun dan ke atas hendaklah memasuki tahap 30 juzu'.

   vi. Mana-mana pelajar dan lulusan Maahad Tahfiz atau mana-mana Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran atau seumpama dengannya yang ingin menyertai ujian ini hendaklah memasuki tahap 30 juzu'.

   vii. Bersedia dan Sanggup Memberi sumbangan sukarela di
Negeri Terengganu iaitu di tempat-tempat yang diarahkan atau dipersetujui oleh jabatan sekurang-kurangnya dua (2) Kali seminggu. Penyertaan masyarakat/ kanak-kanak  ( Pelajar-pelajar tuan/puan ) dalam sumbangan tersebut hendaklah melebihi 10 orang. Sumbangan bermaksud :


       a. Pengajaran Kelas Al-Quran

       b. Kelas Fardhu Ain.

       c. Mengajar Bahasa Arab.

       d. Mengajar ilmu tafsir Al-Quran , Tajwid, Feqah dan lain-lain.


   viii. Setiap Permohonan hendaklah dibuat melalui borang MAIDAM/JDP 2014 yang boleh didapati dari Jabatan Dakwah , Pendidikan dan Pengurusan Masjid MAIDAM ( Bahagian Dakwah ) dan Pejabat Agama Daerah masing-masing dan juga boleh didapati dengan melayari Laman web
http://www.maidamtrg.gov.my. Bagi hafiz/pemohon 30 juzu' hendaklah mengisi Borang Maklumat Sumbangan Sukarela.

3. Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Daerah masing-masing sebelum
14 Ogos 2014.

4. Keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Dakwah Pendidikan dan Pengurusan Masjid MAIDAM di talian 09-6252525 samb 5365/5373.  

 

Borang Permohonan Hafaz Dewasa Penggal 2 2014

Borang Maklumat Tambahan Hafaz Dewasa Penggal 2 2014

Bilangan Pengunjung

Hari ini 61

Hari sebelum 835

Minggu ini 4456

Bulan ini 13781

Jumlah 229408

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?