MAIDAM Luaskan Pengajian Agama SPAIT Ke Seluruh Negeri

MAIDAM Luaskan Pengajian Agama SPAIT Ke Seluruh NegeriMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan memperluas program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) ke seluruh negeri bagi mengembalikan semula imej Terengganu sebagai pusat pengajian agama terkenal di negara ini.


Pesuruhjaya MAIDAM, Dato’ Mohd Rozali Saleh berkata program SPAIT yang bermula di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman dan Besut pada Oktober 2011 itu akan diperluas ke masjid terpilih di daerah Hulu Terengganu, Marang, Setiu, Dungun dan Kuala Nerus.


“Kami ingin melahirkan masyarakat yang benar-benar memahami dan mempraktikkan Islam berpandukan kepada ahli sunah wal-jamaah iaitu objektif program kami antaranya untuk memenuhi keperluan pengajian Islam secara tersusun dan berstruktur terutama kepada golongan berusia 25 tahun ke atas.

“Kami juga mahu melahirkan individu Muslim yang benar-benar mahir dalam pengajian Islam serta berkebolehan menggunakan pengetahuannya untuk membimbing keluarga dan masyarakat,” katanya selepas menyampaikan surat pelantikan guru dan urus setia SPAIT tahap Ibtidaie 2015.

Katanya 163 orang telah menyertainya sejak 2011 iaitu 57 dari daerah Kuala Terengganu, Kemaman (55 orang) dan Besut (51 orang).

Rozali berkata mereka dikehendaki menduduki peperiksaan di peringkat awal tahap Ibtidaie dan pelajar yang lulus, layak menduduki peperiksaaan tahap kedua iaitu tahap Mutawassit seterusnya ke peringkat Mutaqadim dengan mengambil masa 15 bulan di setiap peringkat pengajian.

Beliau berkata semasa program permulaan pengajian SPAIT empat tahun lepas, peruntukan hampir RM1 juta disediakan oleh MAIDAM.

“Kami yakin program SPAIT merupakan pengajian agama yang pertama seumpamanya di negara ini dan kami jangka ia akan melibatkan peruntukan yang besar apabila ia diadakan di seluruh daerah di Terengganu mulai Mei ini,” katanya.

Syarat kemasukan bagi program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat di negeri itu yang berminat dan permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang ditetapkan dan boleh didapati di pejabat agama daerah masing-masing.

Sumber : teganukita.my

Dikemaskini pada Khamis, 08 Februari 2018 15:15
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 181

Hari sebelum 793

Minggu ini 181

Bulan ini 10038

Jumlah 178875

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?