Perpaduan Kunci Kejayaan - Sultan Terengganu

Sultan  Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru agar semua rakyat sentiasa bersatu padu dan sering bekerjasama dalam apa jua situasi sekalipun tanpa mengira segala perbezaan yang ada.

 

Titah baginda, perpaduan merupakan kunci kepada sesebuah umat dalam mencapai sesuatu kejayaan di dunia mahupun di akhirat. “Andainya tiada perpaduan, bukan sahaja yang diimpikan tidak akan tercapai, malah apa yang kita ada juga tidak mampu dipertahankan,” titah baginda.

Sultan Mizan bertitah demikian ketika  menyempurnakan Sambutan Maal Hijrah 1436H Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman.

Sultan Terengganu,Sultan Mizan  bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436H Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman

Turut berkenan  berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, serta anakanda baginda Yang DiPertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Nadhirah Zaharah, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra.

Mengiringi baginda Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman serta isteri To’ Puan Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong serta Exco-exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

“Beta berasa amat bertuah di atas kesungguhan kerajaan negeri dalam usaha menambah serta meningkatkan kualiti dan bilangan kelas pendidikan al-Quran di negeri ini.

“Beta mengharapkan agar kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) memikirkan langkah-langkah terbaik yang boleh diambil dalam misi meneruskan kecemerlangan kita dalam bidang Al-Quran selain menghasilkan lebih ramai qari qariah mahupun hafiz hafizah yang bertaraf antarabangsa”, titahnya.

Baginda turut menyeru supaya semua umat Islam menghayati tema sambutan Maal Hijrah kita tahun ini – ‘Perpaduan Nadi Tansformasi Negara’ dan bersatu demi masa depan agama, bangsa dan negara yang tercinta.

“Erti perpaduan ini perlulah difahami secara mendalam oleh semua pihak di setiap peringkat bagi merealisasikan matlamat menjadikan umat Islam hidup dalam suasana aman damai serta mampu memberi impak positif kepada perubahan negara”, titah baginda.

Sumber : teganukita.my

Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 143

Hari sebelum 1290

Minggu ini 6391

Bulan ini 4117

Jumlah 623366

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?