Kunjungan Hormat MAIPk ke MAIDAM

Jumlah paparan: 204

MAIPk

08 Mac 2022 (Selasa) – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) merakamkan penghargaan atas kesudian pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang telah mengadakan kunjungan hormat ke MAIDAM.

Rombongan MAIPk yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin serta para pegawai MAIDAM yang lain.

Antara tujuan MAIPk berkunjung ke MAIDAM adalah untuk mengetahui maklumat berkenaan pembangunan Wakaf di Terengganu khususnya berkaitan Projek Perkuburan Wakaf Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Majlis berlangsung di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu. Terlebih dahulu, rombongan dibawa melawat ke Projek Perkuburan Wakaf Paya bunga selain diberi taklimat berkenaan pembangunan yang dijalankan.

Semoga dengan pertemuan ini dapat memberi manfaat dalam usaha pembangunan wakaf di Malaysia.


Bilangan Pengunjung

Hari ini 71

Hari sebelum 552

Minggu ini 4862

Bulan ini 20086

Jumlah 2477814

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?