Majlis Ucaptama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Jumlah paparan: 1157

DSC 0219

11 Januari 2022 (Selasa) - Majlis Ucaptama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) yang merupakan majlis julung kalinya diadakan antara kakitangan MAIDAM dengan Yang Dipertua MAIDAM yang baharu, YB. Dato’ Haji Shaikh Harun b. Shaikh Ismail setelah dilantik menjadi Yang Dipertua MAIDAM bermula 1 Januari 2022 baru-baru ini.

DSC 0280
Dalam majlis tersebut, YB. Dato’ Shaikh Harun berkata, peranan zakat dan wakaf amat penting untuk digerakkan seiring bersama-sama agar keduanya dapat dimanfaatkan masyarakat Islam di Terengganu. Amanah yang ada ini, perlu dipikul dan dilaksanakan sebaiknya oleh warga MAIDAM bagi menjamin kesejahteraan masyarakat Islam di negeri ini. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada warga MAIDAM di atas kejayaan mendapat Sijil Audit Bersih tanpa teguran.Pada majlis itu juga, turut berlangsung lafaz Aku Janji kakitangan dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat jabatan bagi tahun 2020. Semoga dengan anugerah ini menjadi pemangkin semangat kerja dan motivasi kepada semua kakitangan MAIDAM untuk memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Link gambar program

Bilangan Pengunjung

Hari ini 70

Hari sebelum 552

Minggu ini 4861

Bulan ini 20085

Jumlah 2477813

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?