A A A

A- A A+

PUSAT HEMODIALISIS WAKAF TERENGGANU

Jumlah paparan: 1107

DSC 0008
16 Februari 2021 ( Selasa) - Majlis Penyerahan Projek Ubahsuai Rumah Wakaf menjadi Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu berlangsung pada pagi tadi. Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM menerima penyerahan tersebut daripada En. Sani, wakil daripada Syarikat Sani Gas Sdn Bhd.

Seterusnya, projek ini bergerak pada fasa kelengkapan dalaman dengan peralatan-peralatan bagi keperluan hemodialisis. Projek usahasama antara MAIDAM dan Bank Rakyat yang diusahakan bakal memberi manfaat kepada asnaf yang memerlukan rawatan dialisis. Pusat tersebut akan diuruskan oleh Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu.

DSC 0032
Semoga Allah memberikan manfaat kepada penyumbang-penyumbang wakaf dan berkembang menjadi kebajikan di dunia dan akhirat. Wakaf bagi projek ini boleh disumbangkan melalui portal

epay.maidam.gov.my

1. Pilih Jompay

2. Isi butiran diri

3. Pilih Wakaf BR-AIBIM-MAIDAM Hemodialisis

4. Masukkan jumlah dan wakaf

Bilangan Pengunjung

Hari ini 103

Hari sebelum 552

Minggu ini 4894

Bulan ini 20118

Jumlah 2477846

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?