A A A

A- A A+
2
KUALA TERENGGANU 10 Disember 2019 (Selasa)- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah melancarkan Kaunter “Zakat Drive Thru” bagi memberi kemudahan untuk tujuan pembayaran zakat kepada orang ramai.

Kaunter tersebut yang terletak di tempat meletak kenderaan awam Kompleks Sri Iman ini akan beroperasi lima hari seminggu bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan bagi hari Khamis ianya akan ditutup pada jam 3 petang.Kaunter tersebut yang akan mula beroperasi pada awal Disember itu akan memberi kemudahan kepada pelanggan MAIDAM untuk menunaikan zakat secara terus tanpa perlu meletak kenderaan dan ke kaunter Maidam seperti sebelum ini.

4
5

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah bayaran zakat secara tunai atau tanpa tunai bagi kemudahan kepada mana-mana pembayar zakat yang ingin membayar zakat tanpa taksiran. Manakala bagi pelanggan yang perlukan khidmat taksiran zakat dan serahan amil perlu ke kaunter pejabat zakat Maidam terlebih dahulu dan seterusnya membuat bayaran di sana kerana kaunter dalam pejabat masih beroperasi seperti biasa.Dengan adanya kaunter “Zakat drive thru’ ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesesakan pembayaran di waktu puncak, dan juga bagi mengurangkan kesukaran para pelanggan untuk mendapatkan parkir dan kesesakan di kaunter.

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M Rozi Bidin.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 51

Hari sebelum 1354

Minggu ini 51

Bulan ini 51

Jumlah 875177

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag