A A A

A- A A+
QSR

23 Oktober 2019 (Rabu) – QSR Brands (M) Holdings Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2018 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM 293,523.00.

Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Tuan Haji Mohd Roslan bin Mohd Saludin Penasihat Jabatan Syariah & Pematuhan Halal, kepada Dato' Osman bin Muda Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.

Wakil QSR Brand (M) Holdings Bhd yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Encik Hayazi bin Darus Pemangku Ketua Jabatan Syariah & Pematuhan Halal dan Encik Mohd Mizan bin Noh, Eksekutif Kanan Capaian Aspirasi Sdn Bhd.

Majlis turut disaksikan oleh Tuan Haji M.Rozi b. Haji Bidin Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Encik Saidi bin Salleh @ Sulong Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Nazli Amirri bin Ngah Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Zakat, dan Encik Muhamad Syarif bin Omer Penolong Setiausaha Perhubungan Korporat dan Promosi.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 65

Hari sebelum 1354

Minggu ini 65

Bulan ini 65

Jumlah 875191

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag