A A A

A- A A+
BANKRAKYAT2019


15 Oktober 2019 (Selasa) – Bank Rakyat telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2018 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM 636,314.00.

Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Syed Nasser Hussain bin Syed Othman Ali, Pengarah Bank Rakyat Wilayah Utara, kepada YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.

Wakil Bank Rakyat yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Encik Mohamed Al Namiri Che Man, Ketua Wilayah Timur, Ustaz Mohd Hanafiah Mohd Nawawi, Ketua Pembangunan dan Kesedaran Syariah, Encik Azlan Mohammad, Pengurus Cawangan Kuala Terengganu dan Encik Ahmad Shukri Mansor, Pengurus Cawangan Gong Badak.

Turut hadir, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Encik Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Zakat, dan Encik Muhamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha Perhubungan Korporat dan Promosi.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 59

Hari sebelum 1354

Minggu ini 59

Bulan ini 59

Jumlah 875185

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag