A A A

A- A A+
DSCF8931

16 Oktober 2019 (Rabu) – Co-opbank Pertama Malaysia Berhad telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2018 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM berjumlah RM 22,390.62.

Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Tuan Haji Kamari Zaman b. Juhari, Pengerusi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad, kepada Tuan Haji M.Rozi b. Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.

Wakil Co-opbank Pertama Malaysia Berhad yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Encik Ahamad b. Atan, Datin Dr Hajah Jamilah binti Din, Encik Mohd Nor bin Abd Razak, Encik Mohamad Akmal bin Md Husin, Encik Syaiful Arief Shah bin Mohamed Said, dan Encik Arifin b. Osman.

Majlis turut disaksikan oleh Encik Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Zakat, Encik Mohd Fauzi bin Muda, Ketua Penolong Setiausaha Khidmat Pengurusan dan Encik Muhamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha Perhubungan Korporat dan Promosi.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 45

Hari sebelum 1354

Minggu ini 45

Bulan ini 45

Jumlah 875171

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag