27 Disember 2018 (Khamis) - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima penyerahan zakat perniagaan daripada Desabina Industries Sdn Bhd  dan Government Integrated Telecommunications Network (GITN) dalam satu majlis di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman.

Dalam majlis tersebut Desabina Industries Sdn Bhd menyerahkan zakat berjumlah RM200,000.00, manakala Government Integrated Telecommunications Network (GITN) menyerahkan zakat berjumlah RM71,500.00 . MAIDAM yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM telah menerima zakat daripada Encik Mohamad Zuraidy Bin Mohd Noor, Director State Business Operations (GITN) dan Tuan Haji Shaikh Badruddin Shaikh Ismail, Pengurus Besar Desabina Industries Sdn Bhd.

ASDF   

YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM mengucapkan terima kasih kepada pihak Desabina Industries Sdn Bhd dan GITN atas penyerahan zakat perniagaan tersebut kepada MAIDAM.

Majlis turut disertai oleh Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Baitulmal MAIDAM, Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran dan Pembangunan MAIDAM, dan Ustaz Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Zakat MAIDAM.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 257

Hari sebelum 3463

Minggu ini 21228

Bulan ini 64877

Jumlah 1739348

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag