19 Disember 2018 (Rabu) – Syarikat QSR BRANDS (M) HOLDINGS BHD telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM578,578.30. Penyerahan cek disempurnakan oleh Puan Zalelawati binti Hasin, Penolong Pengurus, Jabatan Syariah & Pematuhan Halal, QSR Brands (M) Holdings Bhd, kepada YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Bilik Yang Dipertua MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.
YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), menyampaikan sijil penghargaan kepada Puan Zalelawati binti Hasin, Penolong Pengurus, Jabatan Syariah & Pematuhan Halal, QSR Brands (M) Holdings Bhd, pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan QSR Brands (M) Holdings Bhd bagi tahun 2017, di Bilik Yang Dipertua MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.
Wakil QSR BRANDS (M) HOLDINGS BHD yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Encik Mohd Mizan Azam bin Noh, Eksekutif Capaian Aspirasi Sdn Bhd / Amil Zakat Korporat Johor Corporation.
Majlis turut disaksikan oleh Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran & Pembangunan) MAIDAM.