18 Disember 2018 (Selasa) - CO-OPBANK Pertama menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM11,611.29.
Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Arifin Bin Osman, Pengurus CO-OPBANK Pertama Cawangan Kuala Terengganu, kepada Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran & Pembangunan) MAIDAM. Majlis berlangsung di ibu pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.
Encik Arifin Bin Osman, Pengurus CO-OPBANK Pertama Cawangan Kuala Terengganu menyerahkan replika cek penyerahan zakat perniagaan CO-OP BANK Pertama bagi tahun 2017 kepada Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran & Pembangunan) MAIDAM.
Turut hadir sama wakil CO-OPBANK Pertama yang lain iaitu Puan Rohana Binti Ismail, Ketua Unit Pembiayaan dan Jualan CO-OPBANK Pertama, dan juga Puan Noor Ellia Binti Azhar, Eksekutif Jualan CO-OPBANK Pertama .
Majlis turut disertai oleh Ustaz Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM.