c

11 Disember 2018 (Rabu) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima lawatan kerja dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Lawatan ini diwakili oleh 9 orang delegasi yang diketuai oleh Encik Ahmad Hamdan bin Ubaidah, Pegawai Pengurusan Projek MAIK.

                                    Kunjungan MAIK 2

Delegasi MAIK ini telah disambut dengan mesra oleh para Pegawai MAIDAM yang diketuai oleh Encik Mahari bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Pengurusan Wakaf & Sumber Am. Tujuan lawatan MAIK adalah untuk mengetahui berkenaan sistem perisian yang diguna pakai di MAIDAM dalam menguruskan agihan zakat. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Zakat dan juga Tuan Haji Ahmad Nordin bin Alias, Penolong Kanan Setiausaha Teknologi Maklumat.

                                                                                               b

                                                                                                   Ustaz Nazli Amirri bin Ngah

                                                                                      Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat)

Encik Ahmad Hamdan bin Ubaidah selaku ketua rombongan MAIK berkata, beliau turut tertarik dengan Ar Rahnu yang telah dilaksanakan MAIDAM dan mungkin mengatur lawatan susulan untuk mempelajari kaedah perlaksanaan tersebut.

Encik Mahari bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Pengurusan Wakaf & Sumber Am, dalam ucapan akhirnya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak MAIK berkunjung ke MAIDAM. Beliau juga berkata, MAIDAM amat mengalu-alukan kunjungan dari pihak MAIK. Perkongsian ilmu, pendapat dan juga pengalaman amat penting dalam usaha mengangkat jabatan ke arah kecemerlangan.

                                    Kunjungan MAIK 1

Encik Mahari bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Pengurusan Wakaf & Sumber Am) menyampaikan cenderahati kepada Encik Ahmad Hamdan bin Ubaidah selaku Ketua Rombongan MAIK pada kunjungan hormat MAIK, di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, 11 Disember 2018, disaksikan oleh Ustaz Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) dan Encik Zul Izhar bin Zulkifli, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) MAIDAM.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 133

Hari sebelum 706

Minggu ini 2636

Bulan ini 14468

Jumlah 206686

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag