rakyat holdings

YBhg. Dato’ Haji Osman bin Haji Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), menyampaikan cenderahati kepada Encik Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia / Pengerusi Ahli Jawatan kuasa Halal Dalaman McD pada Majlis Penyerahan Zakat perniagaan Syarikat Gerbang Alaf (MCDONALD’S MALAYSIA) bagi tahun 2017, di Bilik Yang Dipertua MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.

 

11 Disember 2018 (Selasa) – Syarikat Gerbang Alaf (McDonald’s Malaysia) telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM100,000.00.

Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia / Pengerusi Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman McD, kepada YBhg. Dato’ Haji Osman bin Haji Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Bilik Yang Dipertua MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.

Wakil Gerbang Alaf (McDonald’s Malaysia) yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Puan Rosedalina Ibrahim (Pengurus Kanan Hal Ehwal Halal McDonald’s) Encik Md Fazli Razali (Operation Consultant Terengganu) Encik Mohd Ariff Hadi (Operation Consultant Kuantan) dan juga Puan Maimunah Binti Abdullah, (Restoran General Manager McD Gong Badak).

Bilangan Pengunjung

Hari ini 4

Hari sebelum 812

Minggu ini 2707

Bulan ini 13881

Jumlah 160133

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag