A A A

A- A A+

2E

Setiu, 23 November 2018, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memenuhi jemputan dari Pejabat Penyelaras dan Pembangunan DUN Permaisuri untuk membuka gerai pameran bersempena dengan Program Pejabat Bergerak Kawasan Permaisuri, Setiu, Terengganu.

Program berlangsung di PPRT Kampung Rhu Tapai, Merang, Setiu. Para pengunjung diberi pendedahan berkenaan zakat merangkumi taksiran zakat serta bentuk-bentuk bantuan zakat. Tidak kurang juga yang datang mengajukan soalan untuk memahami lebih tepat berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan MAIDAM.

Sepanjang program berlangsung, MAIDAM turut menerima ramai pelanggan yang ingin membuat permohonan bantuan zakat. Borang permohonan bantuan boleh terus diisi di gerai pameran MAIDAM secara atas talian (Online). Di samping itu, Pegawai Eksekutif Pusat Urusan Zakat Daerah Setiu yang turut serta dalam program tersebut banyak membantu pengunjung memudah cara dalam proses agihan bantuan zakat.

Program berlangsung dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 malam pada hari yang sama.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 430

Hari sebelum 1706

Minggu ini 430

Bulan ini 19166

Jumlah 130425

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag