7 November 2018 (Rabu) – Syarikat RISDA ESTATE SDN BHD telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Jumlah zakat perniagaan yang diserahkan itu berjumlah RM45,649.18.

 

risda estate

Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Baitulmal) MAIDAM, menyerahkan sijil penghargaan kepada Tuan Haji Abbas bin Sirajudin, Ketua Jabatan Kewangan & Perakaunan RISDA ESTATE SDN BHD atas pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2017.

 


Penyerahan cek disempurnakan oleh Tuan Haji Abbas bin Sirajudin, Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan RISDA ESTATE SDN BHD, kepada Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Baitulmal) MAIDAM, di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.


Wakil RISDA ESTATE SDN BHD yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Encik Zaidi bin Mohd Taib (Ketua Jabatan Perladangan RISDA ESTATE SDN BHD) Encik Asmad Khan bin Omar Khan (Pengurus Ladang Risda Gerdong, RISDA ESTATE SDN BHD) dan juga Encik Izad Helmi bin Yahya Penolong Pengurus Ladang Risda Gerdong, RISDA ESTATE SDN BHD.

Majlis turut disaksikan oleh Ustaz Nazli Amirri bin Ngah (Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Zakat) dan juga Tuan Haji Muhamad Juhari bin Ismail, (Penolong Setiausaha Pungutan dan Pentadbiran Zakat).

Bilangan Pengunjung

Hari ini 166

Hari sebelum 793

Minggu ini 166

Bulan ini 10023

Jumlah 178860

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag