Majlis Graduasi AKT ke5 002

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), YBhg Dato’ Osman Muda berkata, dengan ilmu kemahiran yang diperolehi ini secara langsung dapat membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan yang mana akhirnya keluarga ini dapat pula mengeluarkan zakat untuk membantu golongan lain yang memerlukan.

 “MAIDAM membelanjakan sekitar RM8.4 juta bagi menggerakkan dan membiayai mereka mengikuti kursus kulinari dan pastri di AKT.

“Apa yang membanggakan, lepasan AKT sentiasa mendapat permintaan yang amat tinggi dalam industri yang melibatkan penyediaan makanan dan pastri khususnya di hotel-hotel.

“Mereka turut berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian dan kemahiran tinggi yang menawarkan kursus berkaitan manakala yang berminat menjadi usahawan pula mendapat bimbingan dan bantuan termasuk modal melalui pelbagai agensi kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Graduasi tersebut di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Datuk Prof. Dr. Sudin Haron dan Penolong Pengarah GiatMara Terengganu, Mohd Zaid Abdul Razak.

AKT dibina di bawah peruntukan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di atas tanah wakaf MAIDAM dan diuruskan oleh YWM melalui Perbadanan Wakaf Nasional dengan kerjasama GiatMara manakala perbelanjaan kursus ditanggung oleh MAIDAM di bawah peruntukan zakat.

Dalam majlis berkenaan, seramai 34 pelatih daripada dua sesi kursus menerima sijil masing-masing. Lapan orang daripada mereka dipilih menerima Anugerah Cemerlang, Anugerah Kreatif, Anugerah Kepemimpinan dan Anugerah Keusahawanan.

Anugerah Cemerlang bagi sesi ke-8 dimenangi Wan Fadhlin Nasuha Wan Khaliluddin, 19, dari Kebor Besar, Manir Kuala Terengganu yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Manakala Anugerah Cemerlang bagi sesi ke-9 pula diraih oleh Sharifah Nur Liyana Said Abdul Aziz, 19, dari Beris Lampu, Kuala Besut yang kini menjalankan perniagaan dalam talian.

Kredit : Utusan Online

Bilangan Pengunjung

Hari ini 72

Hari sebelum 552

Minggu ini 4863

Bulan ini 20087

Jumlah 2477815

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag