Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menetapkan kadar fitrah bagi tahun 1438H / 2017M tidak kurang RM7 seorang.

Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail berkata kadar nilaian wang tunai itu dikira berdasarkan kepada harga beras gred super tempatan di pasaran.

Kadar zakat fitrah ini ditetapkan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 18 Mei lalu.

Mereka yang memakan beras dari jenis Super Import, kadar bayarannya adalah senilai dengan kadar beras yang dimakannya iaitu bersamaan 2.60 kilogram atau 2.97 cupak yang bersamaan satu gantang Baghdad.

Tahun lepas MAIDAM juga menetapkan kadar yang sama dan bagi melancarkan kutipan zakat pada tahun ini MAIDAM telah melantik 1,038 amil yang ditempatkan di beberapa lokasi terutamanya di masjid dan surau seluruh Terengganu.

Orang ramai boleh juga membayar zakat fitrah di mana-mana kaunter bayaran zakat MAIDAM dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja biasa dan pada minggu terakhir Ramadan, kaunter ini akan dibuka tujuh hari seminggu.

Beliau mengingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan sekiranya mana-mana orang Islam di negeri ini membayar fitrah atau zakat yang lain kepada orang selain MAIDAM atau wakilnya. Ini telah termaktub dalam Seksyen 20 (b) dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pada tahun 2016, MAIDAM berjaya memungut zakat fitrah sebanyak RM6.037 juta dan ia menyumbang kepada 4.5 peratus dari jumlah keseluruhan pungutan zakat di negeri Terengganu.

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 139

Hari sebelum 1058

Minggu ini 4536

Bulan ini 16368

Jumlah 208586

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?