Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda, Yang DiPertua MAIDAM, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Omar Musa.

Mustafha berkata, jumlah zakat perniagaan yang dikeluarkan untuk tahun 2014 meningkat sebanyak 0.59 peratus atau RM1,108,435 berbanding tahun 2013 iaitu sebanyak RM1,101,922.

Katanya, bayaran zakat itu berdasarkan keuntungan operasi perniagaan lapan cawangan Bank Rakyat di negeri Terengganu.

“Selain mengagihkan wang zakat perniagaan, Bank Rakyat juga mengeluarkan zakat kepada golongan asnaf fakir dan miskin yang dikenalpasti. Jumlah itu tidak termasuk dari jumlah zakat perniagaan berkenaan.

“Zakat berkenaan digunakan untuk membiayai pendidikan pelajar sekolah, pengurusan masjid dan surau serta menyediakan kenderaan bagi menjalankan program dakwah dan pembangunan ummah,” katanya.

Menurut Mustafha, Bank Rakyat telah mengagihkan kira-kira 300 van jenazah kepada masjid-masjid di Terengganu membabitkan peruntukan hampir RM30 juta sejak 2008.

“Setiap tahun 40 hingga 50 van jenazah dengan peruntukan hampir RM5 juta setahun diagihkan kepada masjid-masjid yang memerlukan kenderaan itu ”katanya.

Sumber : Teganukita.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 34

Hari sebelum 605

Minggu ini 34

Bulan ini 11866

Jumlah 204084

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?