11 Mac 2015 Kuala Terengganu - Sejumlah 749 orang penerima bantuan zakat berupa makanan dikumpulkan pada hari ini di Dewan Terbuka Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu sempena Majlis Penyerahan Kad Bantuan Makanan Faqir Miskin 2015.


Majlis ini menghimpunkan penerima-penerima bantuan hasil pembayaran zakat kepada MAIDAM untuk diagihkan kepada penerima yang benar-benar layak, merangkumi jumlah keseluruhan 1271 orang penerima di seluruh negeri Terengganu.

Sebelum ini, penerima bantuan zakat diagihkan barangan keperluan berbentuk makanan dan mereka menerimanya secara terus daripada pembekal yang menghantar bantuan terus ke pintu rumah sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Turut serta dalam program kali ini ialah Pegawai-pegawai Agihan, Jabatan Baitulmal iaitu Ust. Hj Yaacob Abdullah dan Ust. Hj Muhammad Juhari Ismail serta kakitangan jabatan.

Acara agihan bantuan ini mudah-mudahan menjadi motivasi kepada pengeluar zakat di negeri Terengganu untuk meneruskan komitmen pengeluaran zakat mereka di masa depan di samping memperoleh keberkatan dan pahala serta keredhaan Allah swt jua. 


Bagi penerima zakat pula, semoga berusaha menjadikan bantuan ini sebagai motivasi untuk merubah diri menjadi pengeluar zakat pula pada suatu hari nanti agar dapat membantu mereka yang lebih memerlukan di masa akan datang.

Semoga Allah mengganjarkan kelebihan kepada para pengeluar zakat jua. Amin.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 59

Hari sebelum 1262

Minggu ini 3125

Bulan ini 21861

Jumlah 133120

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?