Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan meneruskan operasi mencegah perbuatan tidak sopan di tempat awam di seluruh daerah khususnya daerah besar seperti Kemaman, tidak lama lagi.


Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Saleh, berkata operasi yang bertujuan mencegah dan memberi pendidikan berbanding hukuman itu tetap diteruskan ke daerah lain dengan kerjasama agensi penguatkuasaan seperti Polis dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu.

“Sebenarnya kita tidak berhenti dari meneruskan operasi  tetapi kita tidak menjalankannya setiap hari kerana kita mengambil konsep yang disarankan oleh YAB Menteri Besar (Dato’Ahmad Razif Abd Rahman) yang menganjurkan supaya lebih banyak mendidik.

“Kita buat  tangkapan dan berhenti rehat (seketika). Kemudian kita buat tangkapan lagi dan rehat. Ada yang salah faham kita sudah berhenti. Ini akan terus berjalan. Mungkin selepas ini kita akan buat di daerah,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas perasmian pelancaran Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, kelmarin.

Mohd Rozali berkata hasil operasi yang dilaksanakan sejak Februari lalu dan sesi kaunseling beberapa minggu kemudian memberi kesan yang sangat positif apabila amat sukar menemui remaja yang berpakaian dan berkelakuan tidak sopan serta membonceng motosikal dengan bukan mahram sebagaimana sebelum operasi pencegahan itu dilakukan.

Katanya, apabila kebanyakan remaja semakin sedar dan mula memahami kesalahan itu, MAIDAM akan terus memantau dan memastikan budaya tidak bermoral itu benar-benar dapat dikekang.

Tambahnya, jika pemantauan yang dilaksanakan mendapati perlu kepada tindakan penguatkuasaan lagi, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melakukan tangkapan seterusnya bagi memberi peringatan dan mendidik mereka.

Hasil operasi sebelum ini,  tujuh pasangan berusia 20 hingga 26 tahun yang ditahan pegawai  MAIDAM selepas didapati berkelakuan tidak  sopan di tempat awam,  menghadiri sesi kaunseling di Pejabat MAIDAM, pada 1 Mac lalu.

Kesemua remaja terbabit ditahan  dalam Ops Penguatkuasaan Tahun Baharu Cina dengan kerjasama JPJ dan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu melalui Ops Motosikal di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Tumpuan penguatkuasaan itu adalah terhadap mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan mahram, wanita berpakaian menjolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita.


Sumber : teganukita.my

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 411

Hari sebelum 1706

Minggu ini 411

Bulan ini 19147

Jumlah 130406

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?