Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sedang mempertimbangkan cadangan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu bagi membina sebuah masjid untuk kegunaan mereka.


Yang DiPertuanya, Dato’ Sheikh Harun Sheikh Ismail berkata, pihaknya telah menerima cadangan tersebut dan perkara itu akan dikemukakan kepada Kerajaan Terengganu dalam masa terdekat.

“Masjid tersebut dijangka dibina di atas tanah wakaf milik MAIDAM di Kuala Terengganu dan jika berjalan lancar ia akan memberi manfaat kepada 550 masyarakat India Muslim yang bernaung di bawah pertubuhan ini.

“Dengan adanya masjid ini, mereka boleh baca khutbah Jumaat dalam bahasa ibunda mereka, rukun khutbah mesti dalam bahasa Arab semua, tapi dia terjemahkan ke bahasa Tamil dan ini akan memudahkan mereka untuk lebih faham dan menghayati pengisian khutbah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Agihan Bantuan Zakat Raya yang turut dihadiri Presiden Kimma Terengganu, Salahudin Shabudin.  

Sebanyak 500 penerima terdiri daripada asnaf fakir miskin India Muslim dari seluruh Terengganu dan warga Rohingya yang telah lama menetap di negeri itu menerima bantuan yang disumbangkan Kimma dan MAIDAM berupa wang tunai dan barangan keperluan asas harian.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 59

Hari sebelum 1262

Minggu ini 3125

Bulan ini 21861

Jumlah 133120

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?