Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Y.Bhg. Dato' Omar bin Musa berkata, pihaknya mahu mencapai matlamat supaya rakyat di negeri ini berpakaian sopan dan menutup aurat serta pakaian yang dipakai tidak menampakkan bentuk badan di tempat awam selaras dengan tuntutan agama Islam.


“Berpakaian menutup aurat itu wajib ke atas umat Islam terutama kepada mereka yang telah sampai umur dan yang mukallaf, lelaki dan perempuan, mesti menutup aurat. Sama ada memakai seluar atau apa sahaja jenis pakaian, yang penting menutup aurat” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan kempen berpakaian sopan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.

Pelancaran itu telah disempurnakan Yang DiPertua MAIDAM, YB. Dato’ Shaikh Harun bin Ismail.

Di dalam kempen tersebut, sebanyak 1,000 pelekat diagihkan kepada orang ramai terutama sekitar Kuala Terengganu dan akan diperluaskan ke semua daerah selepas ini.     

Selain memberi pelekat kereta dan motosikal, operasi juga akan dilakukan bersama dengan agensi penguatkuasa yang lain bagi mencapai objektif kempen tersebut.

Beliau mengharapkan dengan kempen berpakaian sopan ini, orang ramai akan lebih prihatin dan cakna untuk menutup aurat terutama di tempat awam.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 590

Hari sebelum 501

Minggu ini 5023

Bulan ini 11817

Jumlah 204035

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?