Dato' Omar bin MusaMajlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu memungut lebih RM81.8 juta zakat sehingga 15 September tahun ini.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Omar Musa berkata, daripada jumlah itu, zakat pendapatan merupakan jumlah tertinggi iaitu RM35.8 juta, diikuti zakat wang simpanan (RM17.5 juta), zakat perniagaan (RM16.5 juta) dan zakat fitrah (wang tunai) sebanyak RM5.9 juta.

“Zakat lain ialah zakat harta RM5.2 juta, zakat emas dan perak (RM493,661.03), zakat tanaman (RM336,290.45) dan zakat ternakan (RM64,802.55).

Manakala pungutan zakat fitrah (wang tunai) dan zakat fitrah (beras) masing-masing berjumlah RM4,797 dan RM3,940.58,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima zakat perniagaan berjumlah RM50,000 daripada Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) Terengganu di Pejabat MAIDAM, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, HLISB Terengganu yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rozelan Embong menyerahkan zakat perniagaan hasil keuntungan tahun lalu kepada Omar yang mewakili MAIDAM.

Menurut Omar, sasaran pungutan zakat MAIDAM tahun ini ialah sebanyak RM130 juta.

Sumber : teganukita.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 64

Hari sebelum 1262

Minggu ini 3130

Bulan ini 21866

Jumlah 133125

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?