Program ini menjadi lebih istimewa apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis perasmian dan pengurniaan hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukan. Baginda telah diiringi oleh DYMM Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah Menteri Besar, YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To’ Puan Halina Zakaria.

Dalam majlis tersebut, baginda dan tetamu telah dipersembahkan dengan pertunjukan silat oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) dan permainan bola kayu oleh pegawai-pegawai Maidam.
Hari Keluarga ini merupakan hari keluarga yang paling besar pernah diadakan bagi agensi agama ini yang melibatkan 2500 orang kakitangan bersama ahli keluarga dari seluruh daerah negeri Terengganu.

Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah tiup belon kanak-kanak, timang bulu ayam, kupas buah epal, pertandingan mewarna kanak-kanak, bola jaring dan kukur kelapa berpasangan.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Maidam, YBhg Dato’ Bentara Luar, Dato’ Omar Pilus dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Saleh.

 

Klik Untuk Melihat Foto Sekitar Majlis

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 129

Hari sebelum 793

Minggu ini 129

Bulan ini 9986

Jumlah 178823

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?